Gua Tempurung here we come!



Tour guide Apis dan Palie




Assalamualaikum readers! Apaa habaq! Sihat noh? Haha saja aku update blog kali ni sebelum start semester 2 master aku. Nanti jangan kata blogging, nak makan pun menangis tak cukup masa. Oyeah jum start cerita Team Tebas pergi caving kat Gua Tempurung Gopeng Perak 26 Ogos 2017 itu hari. 

Fyi, ini lah kali pertama Tebas berjaya buat trip lepas bertahun-tahun diwujudkan. Dulu ada la short vacay pergi The Cabinz kat Negeri Sembilan tu. Tapi tak semua ahli team dapat join, so trip tu tak diiktiraf lah. luls. 

Special nya trip kali ni sebab ada ahli baru, Iqbal si abang sado. Jadinya gugurls rasa selamat sikit lah kalau kena trip pergi 2 kereta tu. Pengerusi pun less burden skek lah sebab bro Iqbal ada tolong dia. And trip ni kiteorang buat untuk meraikan Septembabies Nad, Mija, Mas, selain merapatkan ukhwah sesama team. 

Sebulan sebelum, kami booking pakej caving dengan Radak Adventure. Tuan tuan dan puan puan boleh tekan link bawah ni kalau berminat. Recommended angat. Aku pun dah banyak kali amik servis dorang. Dulu pernah la buat white water rafting, camping dengan Radak ni. Guides memang friendly namampoih. *thumbs up*


Dalam sebulan tu kami buat la preparation apa yang patut. Takan nak main redah masuk gua macam balik rumah mak hang pulak kan. So ini adalah antara item nya:

  • Baju dan seluar sukan. Kain jenis ringan kalau basah, dan seeloknya seluar yang bertali. Boleh ikat kemas2 kalau apa apa jadi takda la londeh! haha. 

  • Headlamp. Paling murah boleh dapat Rm12 dekat Decathelon sana. Gelap weih dalam gua tu. 

  • Stokin. Sebab kami malas basah kasut sukan kami, so kami sewa je kasut getah dekat pintu gua sana. Ahmad Albab ada sewakan depan tu, Rm3 je. 

  • Beg kalis air untuk letak phone. Kalau ada rezeki lebih boleh beli Gopro. Lagi mudah hidup. 

  • Hand gloves kalau risau tapak tangan korang jenis halus cepat luka. Dan hand socks ka, atau elbow protector tu ka atau paling mudah pakai lengan panjang, so takdela sakit sangat bila kena merangkak dalam gua nanti. (Tapi kami tak pakai pun, Tebas gengster).

  • Towel, baju ganti dan toiletries. Lepas kua gua mesti hang dah lencun dengan peluh, air sungai bersama taik kelawar. hehe *kidding*. Jangan risau air jenih. Jangan OCD sangat lah awak haha.  

Gembira la yeee korang. Ni baru dekat pintu gua. 


Dalam pun bergembira lagi. Masa ni part ada lampu lagi.

Part ni dah mula nak gelap takdak lampu. Masih bergembira. Oh lupa, Tebas ni time lapar je dorang tak gumbira hahaha.





Ceriaaaa nyaa berenang wuuuuw wuuuuww wuuuuw. Badan dah beruwap lepas mendaki tangga, menggelongsor batu, merangkak, jalan itik semua at last dapat pulak air sungai yang sejuk ni... Lega rasanya.



Bila lagi nak mandi beralas kan batu marmar diukir khas oleh air yang mengalir selama ribuan tahun. Ni kalau ada bathtub marmar kat rumah ni mesti rasa mewah sangat kan? Tapi marmar ni ada dalam gua. Sapa punya? Tak lain tak bukan milik Sang Pencipta yang Maha Kaya.



We made it gurls! Tak sah lah kalau tak bergambar kat signage ni. Fyi, ni pintu keluar gua.



Kenapa tu? Hahaha banyak sangat masuk air dalam kepala ler tuh.


Lepas setel amik gambar, mandi mandi suci kan diri, kami pun teruskan trip ke Ipoh. Tapi sebelum tu jangan lupa bayar rm3 kasut sewa korang tu! Sebab aku sendiri lupa! hahaha masa nak masuk gua tu cash semua dalam kereta. Dan kalau sesiapa berminat boleh la contact Radak Adventure, link dah bagi kat atas. Pakej kami amik ni Rm55 satu kepala. Wajib ada kepala, kalau tak dorang tak terima. 




Ps: Good job Tebas! Kita patut buat aktiviti ala ala team building ni lagi in future. Sebab dari situ kita boleh pupuk semangat berpasukan, pujuk memujuk sesama team bila ada yang mental koyak bila aktiviti tiba2 jadi extreme lah pulak  😝😝 hahaha. 

Comments

Popular Posts