COSMODERM VITAMIN E, CETAPHIL AND HIMALAYA REVIEW
Assalamualaikum and hai alls! Today aku rasa nak buat product review pulak. Sebab it was my habit bila nak beli sesuatu barang memang nak kena rujuk Mr Google dulu. Yeah, im such a Googlegirl! Okey there are few products yang aku rasa menarik nak buat review. Sebab product2 ni duk berlegar2 viral dan hangat diperkatakan di FB tentang keberkesanaannya. So aku beli, and try, and yeah ada few komen la yang aku nak bagi kat dorang ni. Macam lah komen aku ni owner products ni nak baca kan? haha lantak lah.
Okey first CETAPHIL gentle skin cleanser !
PRICE
Twin packs 500ml x 2 tu boleh dapat harga Rm90++ sampai RM80++ lah tengok promotion kat Watson or Guardian buat. Kat pharmacies lain pun kadang2 boleh dapat lagi murah. So kena rajin usha bandingkan harga, dan bergantung naseb lah. Kalau naseb kau ada ong haritu, ada promotion gila gila mur, dapat lah murah. Memang nampak macam mahal kan? Tapi satu botol 500ml ni aku pakai tahan 2 bulan! RM80 2 botol, so total 4 bulan. Roughly kos untuk cleanser RM20 je sebulan. Okey lah tu kan? Beli banyak jimat banyak ah konsep dia. Kalau nak try yang kecik tu ada RM30.
KOMEN JURI
At first aku nak pakai benda ni sebab muka breakout teruk nuks. Kulit aku nampak macam berminyak, tapi actually it was kulit kering sebab lepas cuci muka guna cleanser yang foamy, memang ketat gilesss. Nak senyum lepas cuci muka pun rasa CRACK! hahaha. Kulit ciptaan tuhan ni brilliant gila, dia tau kulit aku kering, so dia keluarkan natural moisturizer yang dipanggil sebum atau minyak! Sebab tu nampak berminyak. Bukan jenis kulit berminyak tau, so jangan kompius. Pergi check ngan pakar. Nanti dia scan pakai mesin tu, lepas tu dapat la result kulit kau jenis apa.
Nak jadi cerita, mula2 pakai cetaphil aku pakai yang jenis Oily Skin punya RM60 botol kecik. Memang mahal, tapi dia berjaya mententeramkan minyak dan skin breakout tu. Lepas tu maintain kan aje guna Cetaphil gentle skin cleanser ni. Sejak tu kulit aku lembab je. Masa cuci tu memang tak berbuih, dan lepas cuci tu rasa mcm ada a thin layer of lotion atas skin. Memang mula2 rasa mcm tak bersih sebab aku dah biasa pakai jenis foam, tapi layer ni la buat kulit rasa lembutt je.....
Second, HIMALAYA PURIFYING NEEM FACE WASH !
PRICE
Yang ni aku beli yang kecik je 50ml dalam RM11 macam tu lah dekat Watson. Ni pun boleh tahan review dia kat FB, ramai kata best gila best gila best gila. Oleh kerana aku almost setahun pakai Cetaphil, so aku agak skeptical lah nak guna product baru. So aku beli yang botol kecik ni je. OH by the way sebab aku nak beralih arah pakai cleanser lain sebab.......... aku terbaca Cetaphil banyak PARABENS! *sigh*
Cuba korang Google Hydroxybenzoate also known as? Jawapan dia Parabens. Aku ni bukan la pandai sangat term2 kimia ni sebab dulu sekolah tak amik subjek tu, so aku pun mmm.. Takpe lah. Tukar lah cleanser lain, mungkin ada hikmahnya. Like I could discover cleanser lain yang lagi murah, dan lagi bagus ke kan? Positive kan aku? I know. Haha.
KOMEN JURI
Himalaya neem face wash ni bau dia kuat sikit. Tapi bau natural ingredient lah, bau daun neem tu. So aku okey je. Kalau bau chemical memang aku buang dah. Cleanser ni berbuih, so aku rasa kulit bersih tapi kembali kering dan ketat. isk isk isk. So aku pakai bila muka berlengas gila je, and most of the time still pakai Cetaphil. Untuk aku, takan beli lagi dah kot. Sebab tak sesuai kulit. Kulit kering memang tak sesuai cleanser yang berbuih. However, bagi korang yang sesuai dengan Himalaya face wash ni, nak bagi tau daun Neem ni antibacterial lepas tu dia combined dengan Tumeric. So dia bagus untuk kill bacteria penyebab jerawat tu. Moga pholesss lah ye?
Lastly, aku beli COSMODERM VITAMIN E
PRICE
Hat ni yang latest lah. Tak sampai seminggu pakai. Tapi excited nak buat review. Gelojoh! Haahaha! Harga rangkaian product jenama Cosmoderm ni boleh kata murah2 gak lah. Murah but it comes with the good reviews. Macam cleanser ni RM21.60 kat Watson. Packaging kuning ni ada Vitamin E bagus untuk hilang kan parut. Yang merah tu untuk cerah. Hijau untuk basmi jerawat sebab dia ada T-tree oil.
KOMEN JURI
Satu komen yang aku rasa nak marah sangat, ialah packaging dia! Korang tengok lah texture dia very watery gitu, depa pi letak dalam botol tunggeng yang penutup dia kat bawah tu. Ish. First time aku buka, cleanser tu tumpah banyak ngalir macam air. Rasa nak carut je. Bazir tau. Lain kali letak la dalam botol pump tu ke. Or packaging transparent, so that we can see the texture first. Tau lah what to expect macamana dia keluar. Okey done.
Good side is, it was ZERO parabens. Walaupun foamy, ia sesuai untuk kulit normal - kering. Yeah rasa bersihhh angat, tapi tak keringkan kulit! yey! Love you. Ada vitamin E untuk hilang parut2 jerawat ni. yey. Ingredient dia pun banyak yang natural like Rosehip oil, Lemon extract, Grapefruit extract, Chamomile, Tomato, Billberry and lastly Licorice extract yang kalau tak silap aku dapat cerahkan kulit sikit.
Tapi ada satu ingredient yang buat aku turn down. Dia ada FRAGRANCE. Alahai...... its not good for our skin you know. Lagi2 kat aku yang sensitif ni. Tapi takpala, kita kasi chance dulu pada Produk buatan Malaysia ni. tak sangka kan ni produk Malaysia? Review gempak gila. Lagipun so far, pakai nice je. Kalau apa2 nanti aku update lagi ok. heee
So sekarang ok tak, pakai cosmoderm tu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYg hjau ssuai utk mslh jrwat ? Xbyk pun but still keluar , dh hilg satu keluar satu lg. Hurmm
ReplyDelete