🌼Pesta Floria Putrajaya 2016 🌼



Floriaaa datang lagiii. Sempena cuti hari sabtu ni emak cik kak, which is cik nim, ajak gi floria. Tahun lepas kiteorg pi jugak. Cik nim ni memang suka bunga. So cik kak layan kan jelaa. Ikutkan cik kak malaih aih, berpanaih2 belengas tengah terik ni. Berbuih ketiak! Huuuiyai 😥.

Beratoq panjang. Ehek! 😢
Lepas parking trus pi beli tiket. Lemah lutut tgk queue panjang sampai luar khemah. Dah lah panaih. Nagis. Jangan ingat orang hitam, tak puteri lilin.


Tengah menung2 beratur tu, nampak lah board ni. Boleh beli tiket online rupaanyaa.
Eeih. Kalau cik kak tau lah, dah lama beli siap2 kat rumah! Tiket masuk rm7.50 tapi kalau nak masuk magical garden kene add rm10.50. So total rm18 la sorg.

Orang melaka kata, berlingkau ulau . 
Express lane kanan sekali untuk warga emas, baby, and OKU. okey la. Tak payah berlingkar2 macam kami ni. 


At last! Dapat gak masuk! Tahun ni atas tu konsep layang2. Tahun lepas comel lagi rasanya. Payung warna warni. Takpelah. 
Layan jurr~ 

Tengah ralit jadi photographer ciknim, terperanjat tiba2 ada kuda kat sebelah. Cik kak ni dah ler ada fobia kuda. Muahaha. 


Okei lah. Papaii kudaaa~ pergi main jauh2 tau. Syuhh syuhh *phew*


Jalan2 jumpa pulak garden negeri Johor, negeri beta. Muaha. Tiba2 excited macam dah balik kampung! Yuhuuuu. Tok bah!! Im homeee!!

Dua beranak ni berlari2 anak nak duduk lepak dalam taman Johor ni. Haha. Wakil segamat is here yaw. 
Cik nim bakal di mahkota kan. 
Okey lets move on momma. Takut puteri lilin cair. Walau kat taman Johor sekalipun. Moh moh kita gerak. Masuk ke Magical garden yg kita dah add on tadi tu.



Sebelum sampai entrance magical garden tu kene lalu roundabout bunga bungaan ni. Lepas tunjuk tiket baru ler dia bagi masuk, tunggu sampai group kita cukup quota dulu, sebelum di lepaskan ke dalam taman yang penuh magis! Ceewah. 

menunggu bersama batch cik kak 
Pintu gua menuju ke taman magis. Tggu bunian ajak masuk
Masuk2 je dalam gua tu rasa macam kecewa menyelubungi diri. Gelap gelita meraba raba tak nampak hape. Same experience cik kak masuk rumah hantu dulu. ngeh! Tambah kecewa cik kak gagal meng-upload video kiteorang kat dalam tu. Dalam tu ada 2 pit stop untuk tengok video tema alam semula jadi la, alam mermaid lah. Rasa macam tengok iklan kerajaan, cintai alam kita. Bukan lah cik kak ni nature haters, cuma we expect more dengan price yang kita bayar lebih mahal dari tiket masuk floria itu sendiri, which is Rm7.50. Magical garden ni Rm10.50 weh! duhh.

Untuk meng-happy kan diri, keluar2 gua tu terus beli jeruk2 ni! Lagi best! hahaha. eeeih, geram lagi nyesal tak sudah. Lepas tu ada exhibition hasil2 kreatif peserta untuk pertandingan floria ni. okey la. layan jela buat buat excited. eheks, 
Skirt untuk memasak. Senang cili, bawang, sayuran semua ada. haha!

Cik kak turut usha ke arah timur, mengikut kata si puteri rama,

ngeeee!
  • Cik Nim: Heyyy lawanyaa! Amikkan gambar mak kat sini kak! 
  • Cik kak: *okey la aku snapkan la*
  • Cik Nim: Haaaa cantikkan obor obor ni? 
  • Cik Kak: Whatt?! Obor obor?! Ni awan yang menurunkan hujan laahhh. 
  • Cik Nim: OH YEKE! hahahaha
  • Ps: Interpretation seni untuk setiap orang adalah berlainan antara satu sama lain. Sebagai contoh, tengok jela mak aku ni. Obor obor katanya...

Pada sesiapa yang minat terrarium, pun boleh datang ke sini. Cik kak zaman sekolah teknik dulu minat lah benda alah ni. Yelah Cik kak course Landscape dulu, so ada belajor sikit. Comel je. Kalau termenung dalam ni betul2, rasa tenangggg je sebab macam berada dalam hutan kecik.

Tak caya tengok dalam ni. comelkan. kalau letak miniature animal lagi cute.

Cukup la tu round2 dalam exhibition hall tuh. Excited fake lama lama pun tak elok jugak ye dak? haha meh la keluor Cik nim. Kat luar ni lagi magis. uh.
Lai Lai kaunter bayar saman pun adoooo

Tengok dari bawah jelah. Cik nim sakit lutut nak naik. luls

we're in beeeeeee hives!
Great info about bee's turut diserta kat tepi2 ni. Baca lah kalau rajin.

Cik Nim teringin pergi ladang tulips, tapi belum ada rezeki. Takpela, ladang chrysanthemum pun jadi la mak ek?

Ada juga contoh pelamin sini. Risik2 harga rm3800. Pehhhh kemain. Tapi best la carpet empuk tenggelam buku lali.


Garden Bonsai pun adoooo. Lawa ke? Cik Nim kata lawa mcm pokok versi kecik.

Dorang ada buat pertandingan bonsai kut. Tu Cik nim cabut then acah acah tengah meng-anugerahkan pada si Johan. Tahniah.


Gigil lulut cuba membonsaikan diri. Try nak nampak tengah berteduh di bawah pokok.Tapi mcm giant lak. ish.
 


Kesian, takde sapa nak amik kan gambor. Naseb baik mende alah monopod ni ade hahaha.

Tempat jual Art and Crafts pun ada.

Tapak jualan bunga2 orkid.

Cantik cantik semua nyaaa

Yang ni lawa gila! besar nak matey. Nak tau harga dia?

Taraaa! Rm800 lebih jurrr. dummm! *pengsan,


Kalau nak nenas special pun boleh datang sini. Kompom tak lidas katanya. Dah Beli tapi Cik kak tak kupas lagi.

Anak Anak pokok macam2 ada jual. Lemon australia, laici, cili, rambutan, derian macam2 lah. Tinggal nak ngan tanak je bela.

Cik kak beli ni lah. Pokok mint. Terikut chef mat saleh tu main petik2 je kat dapur sebelum bancuh ais lemon tea. heee



Overall, Cik kak rasa floria tahun ni agak kureng lah kalau nak dibandingkan dengan yang lepas. Harga entrance fee pun makin mahal, kalau dulu dari Rm5++, ke Rm7.50 tahun ni Cik kak expect more lah. Tapi kalau harga naik sebab kos meningkat nak buat camne kan? Tapi bab magical garden tuh. aish. Tak patut kut mahey bebenor, sebab rasa tak setanding dengan performance yang di deliver tu. Kawan cik kak pun ada kerja sini, dia kata awat tak habaq nak mai... Aku boleh bawak kau masuk free je. Rugi je kau bayar. Dia pun mengakui, memang agak kurang best tahun ni. mmmm... Takpelah. Asalkan Cik nim dapat berjalan. Dia bukan reti duk diam. Okey la tu. hahaha



Ps: Bayar entrance fee saja sudah memadai.



Comments

  1. hahhahahahahahahaaha banyak benda aku nak gelak. weh hipokrit! hahaha tak pe kok asalkan mak kita happy. hahahhaha obor2 hahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yekee gelak lah tak marah �� aah asalkan dia happy aku tumpang happy.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts